Penjajaran Transit Aliran Deras Lembah Klang

Pada Disember 2010, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan projek MRT dan mengumumkan rancangan awal untuk baris pertama, Laluan Biru yang merangkumi sejumlah 60 km dari Sungai Buloh ke Kajang melalui 35 perhentian. Garis akan melalui pusat bandar juga kawasan pinggir kota yang padat termasuk Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Balakong, dengan jumlah penduduk sebanyak 1.2 juta orang. Laluan ini disasarkan untuk dimulakan pembinaan pada bulan Julai 2011 dan siap dalam tahun 2016.[29]

Laluan yang dicadangkan sebelum ini oleh Gamuda-MMC; Laluan Merah bermula dari Damansara di barat laut ke Serdang di tenggara, manakala Laluan Hijau adalah dari Kepong di timur laut ke Cheras di barat daya. Kedua-dua garisan akan melalui bandar Kuala Lumpur dan bertemu di Dataran Perdana (Tun Razak Exchange) berdekatan dengan Jalan Tun Razak.[30] Laluan terakhir untuk Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dijangkakan akan menggantikan Laluan Kota Damansara-Cheras yang asalnya telah dicadangkan oleh Prasarana pada tahun 2006 dan Laluan Damansara-Serdang dan Laluan Kepong-Cheras oleh Gamuda-MMC setelah dipertimbangkan sebagai laluan utama oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Landasan bawah tanah MRT Circle Line yang melingkar sekitar bandaraya Kuala Lumpur akan memainkan peranan penting dalam proses mengintegrasikan laluan-laluan LRT dan monorel yang pada masa kini tidak bersambung. dalam draf Pelan Induk Kuala Lumpur Raya/Lembah Klang, Laluan MRT Circle Line akan menjalani pergerakan secara pusingan sekitar Kuala Lumpur, menyediakan hubungan ke kawasan yang sedia ada seperti Mid Valley, Bukit Kiara, Sentul Timur dan Ampang, serta kawasan-kawasan cadangan pembangunan utama yang dikenal pasti dalam Rancangan Bandar DBKL seperti Matrade. Pelan Induk ini juga menyatakan bahawa laluan bulatan ini akan dibina dan dimajukan sekurang-kurangnya dalam dua peringkat - Peringkat pertama, merangkumi 29 km dan 22 perhentian - akan menjadi bahagian barat dan selatan yang menghubungkan Ampang dengan Mid Valley, Matrade dan Sentul. Peringkat kedua (12 km dengan 8 perhentian) akan menghubungkan Ampang dengan Sentul Timur, melengkapkan sektor timur laut garis bulatan. Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya ataupun Laluan Utara-Selatan akan menyusur ke koridor barat laut Lembah Klang, menghubungkan kawasan-kawasan yang sedang membangun membangun seperti Sungai Buloh, Kepong dan Selayang dengan bahagian timur pusat bandar, termasuk Kampung Baru dan Kuala Lumpur International Financial District, yang telah dijangkakan akan padat pada masa akan datang.[31]

Rujukan

WikiPedia: Transit Aliran Deras Lembah Klang http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/polit... http://www.malaysianmirror.com/homedetail/6-nation... http://www.theedgeproperty.com/news-a-views/3529-k... http://www.theedgeproperty.com/news-a-views/3633-c... http://www.themalaysianinsider.com/business/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/artic... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/artic...